NUFFY,,,,

Wednesday, June 9, 2010

maRi jengok sempeNa world cup`


The Top strike....`

Sentuhan Torres kembali gegar

spain ku tetap mng....!!!


MURCIA (Sepanyol): Fernando Torres menjaringkan gol ketika Sepanyol membelasah Poland 6-0, kelmarin dan ketajaman penyerang Liverpool itu hadir tepat pada waktunya bagi memberi semangat kepada juara Eropah itu menjelang Piala Dunia yang bermula esok. Pemain berusia 26 tahun itu yang menjalani pembedahan lutut, April lalu menemui sasaran pada minit ke-75 dalam perlawanan persahabatan itu apabila tenang menyudahkan hantaran lintang Pedro selepas masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua.
Ia adalah jaringan antarabangsa ke-24 Torres yang hadir selepas 10 minit selepas dia masuk menggantikan David Villa.
“Sudah hampir dua bulan sejak saya bermain dan saya gembira kerana menjaringkan gol,” kata Torres. “Ia adalah prestasi membanggakan daripada pasukan”. Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque turut mengakui dia gembira dengan persembahan pasukannya. “Kami sudah bersiap sedia dan akan pergi ke Afrika Selatan dengan semangat tinggi,” katanya. Villa dan David Silva memberi Sepanyol pendahuluan 2-0 dengan jaringan pada minit ke-12 dan 14 sebelum Xabi Alonso menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-51. Cesc Fabregas, yang masuk menggantikan Xabi, turut mencetak namanya sebagai penjaring pada minit ke-57 sebelum Pedro menjadikan kedudukan 6-0 pada minit ke-80 . – AFP

2 comments:

TUNGGU APE LG???KLIK R....

Related Posts with Thumbnails