ROSSI beraksi ketika sesi ujian bebas MotoGP di Litar Sepang, semalam.
Dua pelumba negara turut rakam masa memberangsangkan di Sepang
VALENTINO Rossi mencuri perhatian pada sesi latihan pertama semalam apabila menjadi pelumba terpantas di litar kering menjelang saingan MotoGP Grand Prix Malaysia esok, ketika dua pelumba negara, Mohd Zamri Baba dan Mohd Zulfahmi Khairuddin turut merakam masa memberangsangkan.Dalam saingan Moto2, giliran penunggang San Marino, Alex de Angelis merakam masa terpantas, 0.188 saat mengatasi penunggang Marc VDS Racing, Scott Redding ketika pendahulu kutipan mata keseluruhan, Toni Elias dari Sepanyol ketiga.Rossi yang dinobatkan juara MotoGP di sini tahun lalu, mencatat 2 minit 02.724 saat di atas jentera Fiat Yamaha M1, 0.109 saat di depan penunggang Repsol Honda, Andrea Dovizioso manakala rakan sepasukan Rossi dan pendahulu keseluruhan, Jorge Lorenzo, ketiga.
“Ini menjadi satu lagi permulaan baik untuk kami kerana cepat mendapat pelarasan yang tepat. Saya selesa dan bahu saya tidak berasa sakit meskipun litar agak sukar kerana masih kotor. Tetapi memang saya gemarkan litar ini dan berharap dapat berada di petak depan pada sesi kelayakan esok (hari ini).”
Lorenzo berkata, dia gembira dengan catatan masa yang dirakam meskipun menggunakan enjin lama di atas litar membahang.
“Saya dapat menunggang dengan laju dan tidak jauh dari kedudukan pertama. Mungkin esok (hari ini) saya akan menggunakan enjin baru dan mampu mencatat masa lebih baik.
“Saya perlu memperbaiki tunggangan di sektor keempat kerana banyak kerugian masa di situ,” katanya yang hanya memerlukan keputusan di tempat kesembilan esok untuk mengesahkan gelaran MotoGP 2010.
Juara GP Motegi dan Aragon, Casey Stoner dari Australia, sekadar mencatat masa keempat terpantas dan nyata tidak begitu gembira dengan prestasinya selepas terjatuh pada awal sesi latihan.
“Saya terpaksa menukar jentera dan membuat banyak kerja untuk menjadikannya selesa ditunggang. Namun bila jentera sudah selesa, saya melakukan kesilapan pula apabila sedikit terbabas. Kami akan berusaha meningkatkan kemampuan jentera esok (hari ini),” katanya yang memburu kejuaraan berturut-turut dengan Ducati.
Saingan 125cc menyaksikan, Marc Marquez dari pasukan Red Bull Ajo Motorsport merakam masa terpantas ketika Zulfahmi menduduki tempat ke-16, tercicir 3.170 saat. Zamri yang mendapat tiket wildcard untuk Moto2, menduduki tempat ke-24 daripada 40 pelumba, keputusan yang membuktikan pelumba negara itu sudah sedia bersaing di peringkat lebih tinggi.

No comments:
Post a Comment