NUFFY,,,,

Thursday, June 3, 2010

Liverpool tawar Benitez RM15j tinggalkan Anfield

LONDON: Liverpool membuat tawaran 3 juta pound (RM15 juta) kepada pengurus Rafael Benitez supaya warga Sepanyol itu meninggalkan kelab berkenaan pada musim panas ini, lapor akhbar The Times, kelmarin.

Laporan itu mengatakan, lembaga pengarah kelab sudah mencadangkan tawaran itu untuk memudahkan Benitez meninggalkan Anfield selepas musim hambar yang menyaksikan juara Eropah lima kali itu sekadar di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris, dan terlepas peluang lumayan ke kelayakan Liga Juara Eropah.
Benitez seharusnya menerima 16 juta pound (RM80 juta) sebagai pampasan jika meninggalkan kelab itu lebih awal, selepas menandatangani kontrak lanjutan lima tahun pada Mac tahun lalu.
Tetapi dengan beban hutang yang dianggarkan mencecah 351 juta pound (RM1.75 bilion), Liverpool dijangka tidak mampu membayar jumlah pampasan itu dan berharap persepakatan dicapai sekiranya pengurus itu mahu melepaskan jawatan andai kelab tidak akan melakukan pelaburan besar terhadap pemain baru.

Akhbar itu turut melaporkan bajet cadangan bagi membeli pemain baru hanyalah pada sekitar 15 juta pound (RM75 juta) - jauh lebih rendah berbanding apa yang diperlukan Benitez untuk membawa kelab yang menjulang mahkota Liga Juara Eropah 2005 itu ke peringkat lebih tinggi. – AFP

3 comments:

TUNGGU APE LG???KLIK R....

Related Posts with Thumbnails