NUFFY,,,,

Friday, June 4, 2010

Mourinho lawat KL..huhuhuhu"

`Real Madrid dijangka ke Malaysia Ogos ini"


JURULATIH bergelar ‘The Special One’, Jose Mourinho bakal singgah ke tanah air pada Ogos ini namun ia bergantung kepada sejauh mana kemampuan kewangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membawa Real Madrid ke Malaysia sempena kunjungan pra musim Asia mereka.

Media tempatan melaporkan pertengahan April mengenai kemungkinan bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Karim Benzema dan Xabi Alonso beradu kekuatan dengan skuad kebangsaan dengan kedua-dua pihak kini sudah bersetuju menganjurkan perlawanan pra-musim itu.
“Kami sudah mengadakan perbincangan secara terperinci untuk mengadakan perlawanan itu namun ia semua bergantung kepada kewangan.
“Jikalau menjadi kenyataan, perlawanan itu bakal diadakan sempena kunjungan Asia mereka pada 14-21 Ogos. Saya sudah berbincang dengan (jurulatih) K Rajagobal dan sekiranya menjadi kenyataan, perlawanan akan diadakan pada 10 malam berikutan bulan Ramadan.

“Perlawanan itu akan diadakan di Bukit Jalil dan saya sudah menghubungi KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk meminta melewatkan pertukaran trek yang dijadualkan pada tempoh itu,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pertandingan di Wisma FAM, semalam.

Selain Los Galacticos, FAM juga dalam perancangan untuk mendedahkan skuad Bawah 23 negara kepada aksi skuad Olimpik Korea Selatan yang melahirkan hasrat untuk mengadakan perlawanan pada 21 Julai ini.

“Skuad Olimpik Korea Selatan merancang untuk mengadakan perlawanan pada 21 Julai ini sempena memperingati hubungan diplomatik selama 50 tahun antara kedua-dua negara.
“Kami belum tetapkan perlawanan ini kerana ia mempunyai implikasi kewangan tetapi kami akan berusaha untuk mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan menjelang Sukan Asia (November) dan Piala AFF (Disember),” katanya.

Apa yang pasti pasukan yang terlepas kenaikan ke Liga Perdana Inggeris selepas tewas 3-2 kepada Blackpool dalam playoff, Cardiff City sah berkunjung ke tanah air untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan Julai ini.

Pasukan Liga Kejuaraan yang terletak di Wales itu kini dimiliki warga Malaysia, Tan Sri Vincent Tan dan pengerusinya, Datuk Chan Tien Ghee akan bertemu barisan remaja negara pada 15 Julai dan skuad senior, dua hari selepas itu.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

5 comments:

  1. artikel nih dah lama ak baca kt Kosmo.. dah ada kata putus ke blom ek??

    ReplyDelete
  2. kyo_9:blom ada lagi la...FAM mmg selalu sembang rancak... padahal blom pasti lagi..deh...kn tunggu ler...si raja gopal tuh comfiurm dulu

    akak:np bgus nk g tgok ker???

    ReplyDelete
  3. tiket mau tau la harga..

    hang perlis area mana?

    ReplyDelete
  4. beseri dowh.....haaaaa

    hg plk area mno??

    ReplyDelete

TUNGGU APE LG???KLIK R....

Related Posts with Thumbnails